Bahasa yang tidak baik akan melemahkan karangan walaupun isi yang ditulis itu mantap. Terdapat beberapa unsur bahasa yang perlu dititkberatkan. Antaranya:
- Pembinaan ayat.
- Pembinaan ayat perlulah mempunyai kepelbagaian jenis ayat atau struktur ayat. Misalnya terdapat campuran ayat tunggal, ayat majmuk, ayat songsang, ayat aktif, ayat pasif dan lain-lain ayat dalam satu perenggan karangan mahupun keseluruhan perenggan karangan.
- Pemilihan frasa dan kata yang sesuai.
- Bagi pembinaan frasa pula, frasa yang dibina oleh pengarang mestilah mengikut hukum D- M iaitu Diterangkan dan Menerangkan. Selain itu, pemilihan kata yang sesuai perlu untuk menjelaskan mahupun menggambarkan sesuatu agar perkara yang ingin diperkatakan itu jelas. Pengarang juga dinasihatkan agar menggunakan tatabahasa yang betul supaya karangan yang dibina itu matang dan tidak bermasalah dari segi hukum tatabahasa misalnya penggunaan imbuhan yang sesuai.
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai juga penting untuk menambahkan lagi kegramatisan karangan yang dihasilkan. Namun begitu, penanda wacana yang dipilih dan digunakan perlulah sesuai dengan kehendak karangan.
- Penggunaan peribahasa yang sesuai dan betul.
- Penggunaan peribahasa dalam karangan merupakan optional atau pilihan. Sekiranya terdapat situasi yang difikirkan sesuai dengan peribahasa, maka tidak salah untuk meletakkan peribahasa di dalam karangan.
Contoh: - Selanjutnya, media sosial dapat menyampaikan maklumat dengan pantas. Hasilnya setiap pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti telah terdedah dengan kebanjiran ilmu pengetahun. Sesuai dengan pepatah Melayu menyatakan pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal segala maklumat yang diingini boleh diperolehi secara mudah dengan hanya menggunakan enjin carian google dan yahoo tanpa perlu pergi ke perpustakaan.
