PENULISAN ISI KARANGAN FAKTA.
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.
1. Isi karangan anda mesti mempunyai fakta atau buah fikiran utama.
2. Setiap perenggan hanya boleh ditulis dengan satu isi sahaja.
3. Setiap isi perlulah ditulis dalam satu ayat yang yang mantap.
4. Kebiasaannya, isi karangan ditulis pada ayat pertama dalam setiap perenggan.
5. Isi perlulah jelas, matang dan logik.
6. Isi yang baik akan disusuli dengan huraian dan contoh.
Teknik pengembangan isi karangan.
Sila perhatikan rumus di bawah.
AT—(Ayat Topik)
AH --- (Ayat huraian)
[5w] Apa (What), Siapa (Who), Bila (When), Di Mana (Where), Bagaimana (How)
AC – (Ayat contoh)
AS --- (Ayat Simpul)
Contoh:
AT -- Penggunaan media sosial dapat menambah kenalan yang baru dari seluruh dunia.
AH 1 – Media sosial membuka ruang yang seluas-luasnya kepada seseorang untuk mencari
dan mengenali rakan mereka melalui paparan maklumat peribadi dan foto yang dimuat
naik. (apa)
AH 2 -- Pengguna media sosial kini aktif dalam menggunakan media sosial sebagai wahana
untuk menambah kenalan yang baru.
AH 3 -- Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang sesuai untuk senario
ini. (di mana)
AH 4 -- Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik atas permintaan kita ataupun
permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. (bila)
AH 5 – Pengguna media sosial juga dapat menghubungi atau bertukar-tukar pesanan ringkas
serta berkongsi cerita dengan rakan mereka pada bila-bila masa. (bagaimana)
AC – Sebagai contoh, pengguna boleh menambahkan kenalan menerusi aplikasi Facebook
kerana aplikasi ini menyediakan kemudahan carian kenalan, paparan data peribadi, foto dan pengguna hanya
menekan aksara ‘pemintaan untuk menjadi rakan’ jika berhajat untuk berbuat demikian.
AS -- Jelaslah bahawa, media sosial boleh menambahkan kenalan baru sama ada yang jauh
mahupun yang dekat.